Saturday, February 21, 2015

Wanita Luar Biasa

"a women who truly loves you will be angry at you for so many things, but will never leave you"

Menjadi wanita luar biasa adalah impian setiap wanita. Mempunyai kerjaya hebat, menjadi isteri yang sempurna, ibu yang luar biasa dan pendengar setia kepada pasangannya. Menjadi sempurna dalam semua hal tidak semudah yang kita bayang dan impikan. tetapi ianya memerlukan usaha gigih yang berterusan tanpa sebarang keluhan.

Di awal perkahwinan saya, saya telah berazam untuk menjadi isteri terbaik yang dapat membahagiakan suami dan bakal anak-anak saya. Fasa perkahwinan adalah fasa mengenali pasangan kita tanpa henti. Setiap detik waktu kita akan berhadapan dengan perangai sebenar pasangan kita, dan... inilah permulaan detik di mana kita belajar menerima segala baik dan buruk pasangan kita. 

Hebatnya wanita juga dengan merelakan hati kita mendalami ilmu rumahtangga , ilmu psikologi, ilmu kewangan, ilmu dunia dan akhirat. Wanita yang tidak berilmu akan lebih mudah terpengaruh ke arah negatif dan tidak mampu mengawal emosi dan stress yang melampau, lebih-lebih lagi di dunia moden ini.

Pada pendapat saya , 5 persediaan yang wanita perlu ada :

  1. Persediaan mental - menghadapi saat getir di dalam kehidupan dan rumahtangga.
  2. Persediaan Kewangan - Wanita perlu mempunyai simpanan sendiri bagi saat-saat terdesak dan kecemasan.
  3. Persediaan Ilmu - Wanita perlu bijak menangani masalah peribadi dengan berkhemah sekaligus menghasilkan penyelesaian yang rasional.
  4. Pegangan Agama - pegangan agama yang utuh menjamin keperbadian dan mengelakkan terjadinya perkara yang melanggar perintah agama.
  5. Jaga hubungan dengan keluarga. Keluarga adalah tulang belakang wanita yang akan menjadi tempat perlindungan sekiranya menghadapai sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment